BN Hormati Pendirian Johor, Tegas Tidak Khianati Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, Barisan Nasional (BN) menghormati pendirian yang disuarakan oleh Barisan Nasional Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendirian itu selaras dengan pandangan semua pihak dalam parti-parti komponen BN Johor.

Beliau berkata BN tetap berpegang kepada persefahaman dan asas pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 demi tanggungjawab kenegaraan untuk mengelakkan Malaysia daripada terus terjerumus dalam polemik politik berpanjangan.

Menurut beliau, persefahaman itu juga telah dipersetujui untuk diteruskan sehingga tamat mandat kerajaan semasa.

“Justeru tidak timbul persoalan Barisan Nasional mengkhianati Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Zambry berkata BN akan terus memainkan peranan dalam memelihara kestabilan kerajaan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

BBerkaitan

Latest articles