Sofia Rini: “Whistleblower” atau Instrumen Politik?

KUALA LUMPUR: Dakwaan yang dilemparkan oleh Sofia Rini Buyong terhadap Kerajaan MADANI dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat terus mencetuskan polemik, namun persoalan lebih besar kini timbul ,adakah beliau benar-benar seorang “whistleblower”, atau sekadar memainkan peranan dalam percaturan politik tertentu?

Dalam satu pandangan yang dikemukakan oleh pemerhati politik Jebat Durhaka, tindakan Sofia dilihat sebagai satu corak operasi yang lazim dalam serangan politik , iaitu melontarkan tuduhan terlebih dahulu tanpa asas kukuh, sebelum naratif itu berkembang dalam ruang awam.

Menurut beliau, latar belakang Sofia sebagai ahli awal Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dengan nombor keahlian yang rendah di Bahagian Titiwangsa, menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukannya dalam struktur parti serta kemungkinan peranan strategik yang dimainkan.

“Penglibatan beliau dalam isu ini bukan kebetulan. Ia menimbulkan persepsi bahawa wujud elemen perancangan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik,” katanya.
Isu Kepentingan dan Kredibiliti

Pandangan tersebut turut menekankan wujudnya kemungkinan konflik kepentingan (conflict of interest) dalam tindakan Sofia, dengan dakwaan yang disifatkan sebagai bersifat mala fide iaitu bermotifkan niat jahat dan berpotensi mencalar reputasi individu serta institusi.

Tambahnya, kebanyakan tuduhan yang dibangkitkan didakwa bersandar kepada maklumat tidak sahih atau hearsay, tanpa sokongan bukti yang boleh diuji dari sudut undang-undang.

Antara dakwaan yang menjadi perhatian ialah tuduhan bahawa Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak kononnya memiliki kewarganegaraan asing.

Bagaimanapun, menurut pandangan itu, dakwaan berkenaan disifatkan tidak berasas memandangkan individu tersebut dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia yang sah.
Dalam konteks perundangan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa pemilikan dua kewarganegaraan tidak dibenarkan, sekali gus menjadikan dakwaan tersebut sukar untuk dipertahankan tanpa bukti kukuh.

Naratif Politik atau Pendedahan Tulen?

Keseluruhannya, penulis berpandangan bahawa kredibiliti Sofia sebagai “whistleblower” kini dipersoalkan, dengan kemungkinan beliau dilihat sebagai sebahagian daripada strategi politik yang lebih besar.

“Rakyat perlu menilai setiap dakwaan secara kritikal dan tidak terperangkap dalam permainan persepsi yang boleh menggugat kestabilan negara,” katanya.

Nota: Artikel ini merupakan pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi mana-mana organisasi media.

BBerkaitan

Latest articles