Pencuri Lembu Lepas Tembakan Hingga Seorang Cedera Diburu Polis

Tanah Merah: Suasana tenang di Ladang Kemahang 1 bertukar cemas apabila sekumpulan lelaki dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri lembu melepaskan tembakan ke arah penduduk kampung dalam kejadian awal pagi semalam.

Insiden sekitar jam 2.30 pagi itu berlaku ketika penduduk menjalankan rondaan sebelum terserempak dengan lima suspek, termasuk individu dipercayai warga Thailand.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, suspek bertindak agresif dengan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat, memaksa penduduk melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki, Mohd Khairi Amri Abdul Kadir, 43, cedera di bahagian dagu akibat terkena tembakan dan kini dirawat di Hospital Tanah Merah.

Tambah beliau, kumpulan suspek turut melarikan sebuah motosikal milik mangsa jenis Honda EX5 yang dipercayai dilarikan oleh seorang daripada mereka.

Polis kini sedang memburu semua suspek dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

BBerkaitan

Latest articles