Pasangan Laku Aksi Lucah Di Kubur Kena Penjara 12 Bulan

GEORGE TOWN: Perbuatan tidak senonoh di tempat awam membawa padah apabila seorang lelaki dan wanita dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau di tanah perkuburan Cina Batu Gantong, Ahad lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Nadratun Naim Saidi yang mengarahkan M Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37, menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan mereka pada 23 Mac, iaitu sehari selepas kejadian.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lau Shavin, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman tegas sebagai pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan perbuatan tidak bermoral, lebih-lebih lagi melibatkan lokasi sensitif seperti kawasan perkuburan.

Beliau turut menegaskan, kesalahan itu menjadi lebih serius memandangkan pasangan berkenaan tidak mempunyai sebarang ikatan perkahwinan.

Bagaimanapun, peguam R Purantharan merayu hukuman diringankan dengan mengambil kira faktor peribadi kedua-dua tertuduh, termasuk tanggungan keluarga serta masalah kesihatan isteri lelaki berkenaan.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan hukuman penjara 12 bulan sebagai pengajaran setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

BBerkaitan

Latest articles