Kehadiran Timbalan Menteri Iringi OKT Undang Tanda Tanya, Akmal Desak Penjelasan

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran, yang dilihat mengiringi seorang aktivis ke mahkamah hari ini mencetuskan persoalan dalam kalangan pemimpin politik.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, tampil menuntut penjelasan berhubung mesej yang ingin disampaikan melalui kehadiran tersebut, khususnya apabila ia melibatkan individu yang sedang berdepan pertuduhan jenayah.

Menurut Akmal, situasi itu menimbulkan perbandingan ketara apabila dua individu didakwa atas kesalahan sama tetapi dilayan dalam keadaan berbeza dengan seorang diiringi polis dengan tangan bergari di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi hadir dengan tenang di Pulau Pinang lengkap berpakaian rasmi serta diiringi seorang timbalan menteri.

Beliau menegaskan, walaupun setiap tertuduh berhak melalui proses undang-undang yang adil, kehadiran seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal ehwal perundangan boleh menjejaskan persepsi awam terhadap kebebasan institusi kehakiman.

Katanya, prinsip “keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah mesti dilihat ditegakkan” wajar dipelihara bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara kekal utuh.

BBerkaitan

Latest articles