Ibu Dipenjara 7 Tahun, Mengaku Bersalah Hisap Kemaluan Anak

AYER KEROH: Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan melakukan perbuatan seksual terhadap anak lelakinya sendiri, dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sejurus tertuduh berusia 44 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di mahkamah.

Malaysia Gazette melaporkan, berdasarkan pertuduhan, wanita berkenaan yang merupakan ibu kandung mangsa didakwa menyalahgunakan kepercayaan dengan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Perbuatan itu dilakukan dengan tujuan seksual di sebuah kediaman di Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka Tengah, sekitar jam 10.30 malam pada penghujung Disember 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 di bawah Seksyen 14(a) yang dibaca bersama Seksyen 16(1), yang memperuntukkan hukuman penjara berat serta sebatan jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Namun, wanita itu yang juga ibu tunggal merayu agar hukuman diringankan dengan alasan perlu menjaga serta menyara tiga orang anaknya selepas menjalani hukuman.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tujuh tahun bermula dari tarikh tangkapannya pada 3 Mac lalu.

BBerkaitan

Latest articles