PALONG – Seramai warga emas di kawasan FELDA Palong 4 menerima Insentif Warga Emas 70 Tahun Negeri Sembilan berjumlah keseluruhan RM33,800 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Dato’ Haji Mustapha Nagoor.
Penyerahan insentif tersebut diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat setempat yang berlangsung di Masjid Al Muttaqin, FELDA Palong 4 dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah.
Menurut beliau, insentif berkenaan merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan sumbangan golongan warga emas yang telah banyak berbakti kepada masyarakat serta pembangunan negeri.
“Golongan warga emas adalah insan yang telah banyak menabur bakti dan pengalaman dalam membina keluarga serta masyarakat. Bantuan ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban dan menjadi tanda ingatan daripada kerajaan negeri,” katanya.
Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada pihak Masjid Al Muttaqin bagi membantu menjayakan program berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
Majlis tersebut turut menjadi platform mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.










