Dua Penerbangan Malaysia Airlines Berpatah Balik, Dilencongkan Demi Keselamatan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya terpaksa mengubah laluan susulan peningkatan risiko di ruang udara tertentu, semalam.

Penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha (KUL–DOH) dilaporkan berpatah balik ke ibu negara, manakala MH156 yang dalam perjalanan ke Jeddah (KUL–JED) dilencongkan ke Chennai sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut kenyataan syarikat penerbangan itu hari ini, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima nasihat keselamatan ketika pesawat sedang berada di udara.

Tindakan itu dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan operasi.

Kedua-dua pesawat berkenaan kini dilaporkan selamat kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airlines memaklumkan semua penumpang yang terjejas telah diberikan bantuan termasuk pengaturan penerbangan alternatif serta kemudahan penginapan hotel sekiranya diperlukan.

Syarikat itu turut menegaskan bahawa situasi semasa terus dipantau secara teliti dan langkah sewajarnya akan diambil bagi memastikan operasi kekal selamat serta boleh dipercayai.

Keselamatan penumpang dan kru, tegasnya, kekal menjadi keutamaan utama.

BBerkaitan

Latest articles