KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mengesan empat ahli keluarga kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
Dalam satu kenyataan rasmi, SPRM memaklumkan usaha menjejaki individu berkenaan sedang giat dilakukan dan orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat sekiranya mempunyai sebarang petunjuk.
Antara yang sedang dicari ialah:
• Asnida Abdul Daim – alamat terakhir di Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang, Selangor.
• Md Wira Dani Abdul Daim – alamat terakhir di Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.
• Muhammad Amir Zainuddin Daim – alamat terakhir di Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku.
• Muhammed Amin Zainuddin Daim – alamat terakhir juga di Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan butiran lanjut berkaitan siasatan tersebut.
SPRM menyeru individu yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan keempat-empat individu berkenaan supaya segera menghubungi pegawai penyiasat berikut:
• Kes Asnida Abdul Daim: Mohamed Daem Mohd Ali – 017-9127217 / [email protected]
• Kes Md Wira Dani Abdul Daim: Ahmad Aiman Ramly – 011-61930814 / [email protected]
• Kes Muhammad Amir Zainuddin Daim & Muhammed Amin Zainuddin Daim:
• Muhammad Ridhwan Mat Hussin – 019-8895174 / [email protected]
• Hardiansyah Ismail – 013-539147 / [email protected]
SPRM menegaskan kerjasama orang ramai amat penting bagi membantu kelancaran siasatan yang sedang dijalankan.










