Ashwad Ismail Dilantik Ketua Pengarah Penyiaran Baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail kini menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia yang baharu.

Pengumuman pelantikan itu dibuat Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, yang turut memaklumkan Dr Sharifah Adlina Syed Abdullah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran.

Fahmi menerusi hantaran di Facebook merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua tokoh berkenaan dan berharap kepimpinan baharu itu mampu memperkukuh landskap penyiaran negara.

“Semoga amanah ini dilaksanakan dengan penuh integriti, memacu inovasi dan memastikan penyampaian maklumat yang sahih demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Terdahulu pada Isnin, Ashwad mengumumkan pengundurannya daripada Astro Awani selepas lebih 19 tahun bersama organisasi media tersebut.

Beliau menggantikan Datuk Suhaimi Sulaiman yang menamatkan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia pada Jumaat lalu.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam meneruskan agenda transformasi industri penyiaran negara.

BBerkaitan

Latest articles