Mohd Daud Mengaku Tak Bersalah Kes Sekuriti Tanpa Lesen

KUALA LUMPUR: Tokoh besar dalam dunia kewangan Islam, Tan Sri Mohd. Daud Bakar, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen.

Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail dan memohon untuk dibicarakan.

Tertuduh berusia 62 tahun itu didakwa bertindak sebagai wakil kepada Energy Eco Berhad antara 14 Jun 2021 hingga 9 Ogos 2023 di sebuah premis di Pusat Perniagaan Reef, Rawang.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat berkenaan didakwa bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT menjalankan urus niaga dalam aktiviti terkawal iaitu perdagangan sekuriti, sedangkan AUF MBZ tidak memiliki lesen perkhidmatan pasaran modal serta bukan syarikat berdaftar bagi tujuan tersebut.

AUF MBZ Consortium PLT pula dikaitkan dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, yang juga suami kepada pelakon dan penyanyi, Heliza Helmi.

BBerkaitan

Latest articles