Buakaw Gegar Malaysia, T-Fight All-Stars 2026 Pamer Aksi Muay Thai Bertaraf Dunia

KUALA LUMPUR: Kejohanan Muay Thai T-Fight All-Stars 2026 yang dijadual berlangsung pada April ini dijangka menjadi tumpuan peminat sukan tempur tempatan dan antarabangsa, dengan kehadiran legenda Muay Thai dunia, Buakaw Banchamek, sebagai tarikan utama.

Sebagai pemanas badan menjelang kejohanan berprestij itu, pihak penganjur mengadakan Pra T-Fight bagi memperkenalkan skala penganjuran, barisan atlet terlibat serta komitmen mereka dalam mengangkat sukan Muay Thai ke tahap lebih tinggi di rantau ini.

Kemunculan Buakaw di Malaysia sememangnya dinanti-nantikan, apabila beliau dijadualkan beraksi dalam perlawanan utama menentang petarung dari Beijing, Meng Gaofeng.

Atlet berusia 28 tahun itu memiliki rekod profesional 45 perlawanan dengan 33 kemenangan, termasuk sembilan kemenangan KO, selain pernah merangkul gelaran Juara Wu Lin Feng China 2020, WLF World Champion dan IPCC China Champion.

Secara keseluruhan, T-Fight All-Stars 2026 bakal menampilkan tujuh perlawanan melibatkan petarung dari Malaysia, Thailand, China, Indonesia, Kemboja, Uganda dan Maghribi, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai kejohanan Muay Thai bertaraf antarabangsa.


Penganjur optimis kejohanan ini bukan sahaja mampu menarik perhatian peminat sukan tempur, malah menjadi platform penting dalam memartabatkan Muay Thai serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab acara sukan tempur di peringkat serantau.

BBerkaitan

Latest articles