Zahid Puji Akmal Lawan DAP, Bongkar Wujud ‘Team B’ Dalam DAP

KUALA LUMPUR: Keberanian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berdepan serangan dan kritikan pemimpin DAP dipuji Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tindakan itu sebagai tegas dan berani mempertahankan maruah parti.

“Bila Akmal jawab ‘lu ingat lu siapa?’, itu bagus. Itulah anak jantan,” kata Zahid ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

Namun dalam nada bergurau, Zahid menasihatkan Akmal supaya sentiasa berhati-hati kerana setiap tindakannya akan dikaitkan dengan latar belakang keluarganya.

“Kalau anak buat baik, orang tanya anak siapa. Kalau anak buat nakal, orang pun tanya bapa siapa. Akmal, ayahanda pernah jadi Ketua Pemuda UMNO dan pernah masuk ISA. Jangan terpijak kulit pisang macam ayahanda,” katanya.

Dalam ucapannya, Zahid turut mendedahkan bahawa banyak kenyataan bercanggah yang datang daripada pemimpin DAP sebenarnya bukan mewakili pendirian rasmi parti itu, sebaliknya digerakkan oleh kumpulan tertentu yang digelar sebagai ‘Team B’.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke kepadanya.

“Yang keluarkan kenyataan macam-macam itu bukan pimpinan utama, itu ‘Team B’. Mereka pun ada pasukan dalaman sendiri. Saya jumpa sendiri Setiausaha Agung DAP,” katanya.

Zahid berkata, beliau sependapat dengan pandangan beberapa pemimpin UMNO yang mempersoalkan mengapa perlu takut kepada DAP, sedangkan parti itu sendiri berdepan perbezaan pandangan dalaman.

BBerkaitan

Latest articles