Tak Perlu Layan Orang Yang Cerca Parti, Gelar UMDAP

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO diminta mengabaikan cemuhan dan gelaran sinis pihak lawan, sebaliknya menumpukan sepenuh tenaga kepada kerja parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, cercaan seperti “UMDAP” datang daripada kelompok yang memang tidak akan mengundi UMNO walau apa pun dilakukan.

“Kalau mereka memang tak suka kita, buat apa kita takut? Teruskan kerja dan pertahankan parti,” katanya ketika menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung UMNO 2025.

Menurut Johari, UMNO perlu segera membuktikan parti itu masih relevan dan mampu kembali berkuasa, bukan sekadar hidup dengan nostalgia.

Beliau mengalu-alukan sesiapa yang mahu kembali menyertai UMNO, namun menekankan keperluan melahirkan barisan pemimpin pelapis yang berpengetahuan, celik teknologi dan dekat dengan generasi muda.

Katanya, perjuangan UMNO mesti dibina melalui organisasi yang tersusun dan strategi jangka panjang, bukan bergantung kepada duit dan kuasa semata-mata.

“Lihat rekod kerusi kita yang makin merosot dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya. Itu tanda kita perlu berubah, bukan beralasan,” katanya.

Johari turut menyokong penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menyatukan semula individu dan kumpulan ke dalam UMNO menjelang PRU16.

Menurutnya, perpaduan orang Melayu sangat penting kerana negara tidak akan stabil jika kaum majoriti berpecah dan kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan sendiri.

BBerkaitan

Latest articles