MINDEF Arah Siasat Dakwaan Aktiviti Tidak Bermoral Dalam Kem

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di dalam kawasan kem tentera, susulan penularan video di media sosial sejak semalam.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan menegaskan, sebarang dakwaan yang dibuktikan benar akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, selaras dengan peraturan, tatacara dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut kementerian, tuduhan berkenaan sama sekali tidak mencerminkan budaya, nilai dan amalan sebenar ATM yang berteraskan disiplin tinggi, profesionalisme serta pematuhan ketat terhadap prosedur keselamatan.

“Sekiranya siasatan mendapati dakwaan tersebut berasas, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat tanpa sebarang pengecualian,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau kesimpulan awal yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan reputasi Kementerian Pertahanan dan ATM.

Kementerian turut menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan tahap disiplin, integriti dan profesionalisme warga pertahanan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Sejak semalam, media sosial kecoh dengan dakwaan mengenai kewujudan budaya tidak sihat yang didakwa diamalkan oleh segelintir pegawai berseragam loreng di dalam mes kem tentera.

Dakwaan tersebut termasuk penyalahgunaan kuasa, pergaulan tidak bermoral serta amalan yang dikatakan bercanggah dengan etika perkhidmatan ATM.

BBerkaitan

Latest articles