Mahkamah Tolak Permohonan Tahanan Rumah, Najib Kekal Di Penjara Kajang

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kekal menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang, bersabit kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching menolak permohonan semakan kehakiman Najib bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum, supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Yee Ching memutuskan demikian selepas berpuas hati isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Yee Ching juga memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.

“Titah Adendum bukanlah satu perintah yang sah. Sehubungan itu perintah tahanan di rumah tidak boleh dilaksanakan,” katanya.

Titah Adendum itu dikatakan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman terbabit si bawah tahanan rumah.

Dalam semakan kehakiman itu, Najib dengan itu memohon satu perintah mandamus supaya kerajaan melaksanakan titah itu dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya untuk meneruskan hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

BBerkaitan

Latest articles