Jenazah Bung Moktar Dikebumikan Selepas Solat Jumaat, Ratusan Dijangka Hadir

KOTA KINABALU: Jenazah Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin dijangka disemadikan selepas solat Jumaat hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Likas, Kota Kinabalu.

Urusan terakhir pemimpin veteran politik Sabah itu bakal berlangsung mengikut atur cara yang telah ditetapkan oleh keluarga.

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh seorang kakitangan arwah, orang ramai dibenarkan menziarahi jenazah bermula jam 8 pagi hingga 9.30 pagi.

Proses memandikan jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid Bandaraya pada jam 10 pagi, sebelum solat jenazah dilaksanakan sebaik selesai solat Jumaat.

Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan serta Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

Pemergiannya mengejutkan ramai pihak memandangkan beliau merupakan antara tokoh paling berpengaruh dalam landskap politik negeri.

BBerkaitan

Latest articles