GV Ride Perkenal “Get Driver Program” Dengan Ganjaran RM200

SUBANG JAYA: Pengendali perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride melancarkan inisiatif baharu dikenali sebagai “Get Driver Program” yang menawarkan ganjaran tunai RM200 kepada pemandu yang berjaya merujuk pemandu atau penumpang baharu ke platform tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata program itu diperkenalkan sebagai usaha memperluas komuniti GV Ride, selain memberi peluang pendapatan tambahan kepada pemandu sedia ada.

Beliau berkata melalui program itu, pemandu boleh merujuk rakan untuk menjadi pemandu GV Ride di kawasan Subang Jaya.

Mengulas lanjut, Kabeer berkata pemandu yang merujuk dan pemandu baharu masing-masing akan menerima ganjaran RM200 apabila pemandu baharu itu melengkapkan 30 perjalanan dalam tempoh 30 hari.

“GV Ride turut membenarkan pemandu merujuk penumpang baharu, di mana ganjaran RM200 akan diberikan apabila penumpang tersebut menyiapkan 30 perjalanan dalam tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kabeer, rujukan boleh dilakukan dengan menghubungi pasukan syarikat itu atau melalui kunjungan terus ke pejabat HQ.

Katanya, pemandu baharu mesti merupakan pemandu pertama kali dan hanya sah jika mereka beroperasi di kawasan Subang Jaya.

“Ganjaran akan dikreditkan ke dalam e-dompet GV Ride dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja selepas proses pengesahan,” katanya.

Sementara itu, Kabeer berkata GV Ride berhak membatalkan sebarang rujukan yang disyaki melibatkan manipulasi atau penipuan.

Beliau berkata pelancaran program itu selaras dengan komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selamat, boleh dipercayai dan mampu membina ekosistem mobiliti yang lebih kukuh.

“Promosi itu sah sehingga diberitahu kelak,” katanya.

GV Ride menggalakkan lebih ramai pemandu dan penumpang menyertai komuniti syarikat itu agar manfaat dan peluang pendapatan dapat dikongsi bersama.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi GV Ride www.gvride.com atau menghubungi talian WhatsApp 012-5003217.

BBerkaitan

Latest articles