Suspek Kes Tetak Di Wangsa Maju Masih Dikesan

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan seorang lelaki cedera parah akibat ditetak di Wangsa Maju selepas video berdurasi beberapa saat memaparkan mangsa berlumuran darah tular di media sosial sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada 5 November lalu.

“Ketika ini siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta suspek yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis sedang meneliti semua rakaman dan keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan sebelum laporan penuh dikeluarkan dalam masa terdekat.

Video tular itu memaparkan seorang lelaki dengan kesan luka pada bahagian dagu dan lengan kanan, dipercayai akibat ditetak.

BBerkaitan

Latest articles