1MDB: SPRM Beku USD115.3 Juta Dikaitkan Putera Arab Saudi

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang sebarang transaksi melibatkan dana berjumlah USD115.3 juta (kira-kira RM486.4 juta) dalam tiga akaun bank di Switzerland atas nama Putera Turki Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Perintah pembekuan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, mengikut Seksyen 53 Akta AMLATFPUAA 2001, dalam prosiding pada Rabu.

Menurut SPRM, permohonan tersebut difailkan pada 7 Oktober lalu susulan maklumat sejak 2011 yang mendakwa Putera Turki menerima, memindah dan menggunakan dana hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui akaun miliknya.

Butiran Tiga Akaun Dibekukan:
• USD87.1 juta (RM367.9 juta) – JP Morgan
• USD12.7 juta (RM53.9 juta) – JP Morgan
• USD15.3 juta (RM64.9 juta) – UBS Switzerland

SPRM menjelaskan, tindakan itu merupakan langkah berterusan kerajaan Malaysia untuk memulihkan aset 1MDB yang disembunyikan di luar negara, hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa.

BBerkaitan

Latest articles