18 Pelacur Warga Asing Ditahan Di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Seramai 18 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan polis dalam serbuan di lima lokasi sekitar Bukit Bintang di sini awal pagi semalam.

Dalam operasi #KLStrikeForce bermula 12.45 tengah malam sehingga 2 pagi itu, seramai 26 individu ditahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, berkata wanita warga asing yang ditahan melibatkan lapan dari Uganda, Vietnam (3), Thailand (2) dan Tanzania (2), serta masing-masing seorang dari Indonesia, Nigeria dan Kenya.

“Wanita yang ditahan ini mengaku bekerja sebagai pelacur secara bebas atau freelance di sekitar kawasan itu, dan menyasarkan warga asing yang berhibur di sekitar Jalan Changkat Bukit Bintang sebagai pelanggan dengan mengenakan bayaran RM100 sekali langgan,” katanya dalam kenyataan.

Rusdi berkata dalam operasi itu tujuh lelaki warga asing iaitu tiga Bangladesh dan masing-masing seorang Mesir, Amerika Syarikat, Singapura dan Nepal. Seorang warga tempatan turut ditahan.

“Lelaki berkenaan dipercayai sama ada pelanggan atau penjaga premis.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles