UMNO Tiada Kaitan Dengan Siasatan SPRM TerhadaP Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan bahawa parti tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap penemuan itu di kediaman individu tertentu.

Katanya, SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebad, dan adil tanpa sebarang gangguan.

“UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak secara sengaja menagitkan, menuduh, atau mencipta persepsi bahawa parti ini mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat,” katanya dalam kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan SPRM menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dan barang rampasan termasuk jongkong emas ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan ‘safe house’ oleh pembantu Perdana Menteri ke-9.

Susulan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memaklumkan akan memanggil  Ismail Sabri untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.

Azam berkata ini berdasarkan bukti wang tunai yang ditemukan adalah terkait dengan Ismail Sabri.

BBerkaitan

Latest articles