DBKL Lakukan Operasi Selamatkan Gelandangan Di KL

KUALA LUMPUR: Selari dengan Kepengerusian Asean 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan operasi menyelamat golongan gelandangan di ibu negara bagi menjaga imej negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, operasi menyelamat itu meliputi warga asing, pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), pesakit mental, dan penagih dadah.

Katanya, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan menyelaras semua agensi berkaitan untuk mengatasi isu gelandangan di ibu kota, yang disifatkan sebagai pintu masuk negara.

“(Jumlah) gelandangan di Kuala Lumpur ada naik dan turun. Berdasarkan data menerusi operasi menyelamat yang dijalankan, kami mendapati golongan gelandangan di ibu kota ini terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Dalam isu gelandangan, tiada akta khusus yang boleh digunakan. Ketika ini, kami mengguna pakai Akta Orang-Orang Papa 1977 yang berada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, mustahil memastikan ‘sifar’ gelandangan di Kuala Lumpur, namun pihaknya berusaha sedaya mungkin untuk menjaga imejnya.

“Program berkaitan Sidang Kemuncak Asean adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri (KLN) dan kami (JWP) terbabit sebagai jawatankuasa logistik,” katanya.

Zaliha berkata, sekitar 300 program berkait Sidang Kemuncak Asean dianjurkan dengan 180 daripadanya berlangsung di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Sebagai lokasi pintu masuk negara, kami perlu bersedia bukan sahaja dari segi logistik tetapi juga membabitkan isu kebersihan, pengindahan bandar, dan infrastruktur terutama di pusat bandar yang menjadi kawasan tumpuan orang ramai termasuk delegasi.”

BBerkaitan

Latest articles