PM Lancar Kiosk Sentuhan Madani Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Kiosk Sentuhan Madani pertama dilancarkan di pusat beli-belah Alamanda di sini merupakan inisiatif terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau berkesempatan mencuba sendiri perkhidmatan digital yang disediakan melalui kiosk tersebut. Antara perkhidmatan yang tersedia adalah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pos Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), serta MyDigital ID.

“Alhamdulillah, Kiosk Sentuhan MADANI pertama telah berjaya diwujudkan di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, yang merupakan prakarsa terbaharu bagi memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran tersebut.

Beliau turut menekankan bahawa inisiatif ini merupakan salah satu langkah penting kerajaan dalam menambah baik sistem perkhidmatan awam, sejajar dengan keperluan semasa rakyat.

“Ini satu lagi prakarsa penting dari Kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan awam dan menyantuni keperluan masa kini rakyat, Insya-Allah,” tambahnya.

Kiosk Sentuhan MADANI dijangka akan diperluaskan ke lebih banyak lokasi strategik di seluruh negara bagi memastikan kemudahan perkhidmatan digital dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

BBerkaitan

Latest articles