Hisham: “Buat Apa Saya Nak Merayu?”

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk membuat rayuan dalam isu penggantungan keahliannya dalam UMNO, demikian tegas Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pendirian itu diulangi bekas Menteri Pertahanan itu dengan alasan beliau sendiri tidak pasti mengapa keahlian beliau digantung.

“Buat apa saya nak merayu (dengan Presiden UMNO) sampai sekarang pun saya tidak tahu mengapa digantung,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette di Dewan Rakyat, hari ini.

Baru-baru ini UMNO menarik balik penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menerusi satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti antara lain berkait tempoh masa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, Hishammuddin yang digantu g keahlian selama enam tahun mengesahkan tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan MKT UMNO itu, selain mempersoalkan apakah alasan di sebalik penggantungannya memandangkan ia tidak dinyatakan di dalam surat parti.

BBerkaitan

Latest articles