Onn Hafiz Mahu Mahasiswa Pulang Mengundi PRK Mahkota

KLUANG: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merayu penuntut institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

“Kepada anak anak muda terutamanya mahasiswa dan juga mahasiswi, semua sedia maklum, Insya-ALLAH pada 28 September ini akan berlakunya pilihan raya di mana semua warga DUN Mahkota akan keluar mengundi.

“Jadi, saya bagi pihak Barisan Nasional (BN) ingin merayu kepada semua anak muda untuk ramai ramai keluar untuk mengundi calon BN,” katanya ketika program ziarah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Berlian bersama sekumpulan belia daripada Gerakan Mahasiswa Kluang dari pelbagai universiti, semalam.

Reaksi Onn Hafiz menyusul selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui gabungan itu berdepan cabaran meraih undi yang melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang menetap di luar DUN Mahkota.

Sehubungan itu menurutnya, kerjasama dilakukan bersama parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan memastikan kumpulan tersebut pulang mengundi.

PRK kerusi DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada BN dan Perikatan Nasional (PN)

BN mempertaruhkan Syed Hussien Syed Ibrahim, manakala PN diwakili Mohamad Haizan Jaafar, 61.

BBerkaitan

Latest articles