KUALA LUMPUR: Sepanjang dua kali menjadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sifat kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai perbezaan dengan tiga penyandang terdahulu.
Pandangan peribadi itu dikongsikan Ahmad Zahid selepas setahun Kerajaan Perpaduan menerajui pentadbiran negara.
“Untuk itu kita lihat dalam tempoh empat tahun akan datang jika rakyat terus bersatu padu, insya-Allah menteri-menteri akan kerja dalam semangat sepasukan.
“Saya amat yakin kestabilan poltik dapat memacu pembangunan di negara ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya dalam sesi dialog sempena majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Sesi dialog yang diketuai Anwar itu turut disertai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.