“Datuk Botak” Cari MP PN Yang Tiada Kes Rasuah Untuk Lobi Sokongan Terhadap Anwar

KUALA LUMPUR: Individu yang digelarkan pembangkang sebagai “Datuk Botak” amat ‘licik’ dalam mencari mangsa, demikian dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ini kerana individu berkenaan hanya menyasarkan wakil rakyat yang tidak mempunyai sebarang kes mahkamah.

Wan Ahmad Fayhsal juga mendakwa kesemua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sudah dihubungi oleh individu tersebut.

“Semua yang ada kes mahkamah atau kena ugut LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan sebagainya tidak didekati, yang lain semua saya rasa sudah kena (dihubungi oleh Datuk Botak).

“Macam (Tan Sri) Muhyididn tidak perlu (dihubungi), (Datuk Seri) Hamzah pun tidak, yang lain semua dintai oleh wakil yang mengaku membawa mandat daripada PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim),” katanya dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di IDCC hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mendakwa beberapa ahli Parlimen PAS juga turut dihubungi oleh dua individu berkenaan.

“Saya dengar ada MP PAS, tapi saya tidak pasti tapi ada,” katanya lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, katanya, beberapa ahli Parlimen PN mengesahkan ada menerima tawaran projek dan jawatan dengan syarat menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Rata-rata mereka dihubungi menerusi e mel mahu pun pesanan dalam aplikasi WhatsApp.

Dalam perkembangan sama, beliau akan membuat aduan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul atas dakwaan Parlimen dijadikan lokasi untuk menarik sokongan terhadap Anwar.

“Itu cadangan yang baik kita boleh bagi peringatan kepada speaker, saya akan bincang dengan parti dan Ketua Whip (Datuk Seri Takiyuddin Hassan).

“Tapi susah kita nak minta speaker masuk campur sebab benda ini kita tidak boleh halang orang masuk untuk jumpa dengan ahli Parlimen sebab pertemuan itu bermula di Parlimen dan berakhir di hotel,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles