“Datuk” Ketua Agensi Kerajaan Selesai Beri Keterangan Kes Gangguan Seksual

KUALA LUMPUR: Polis hari ini telah merakam keterangan seorang Ketua agensi penguatkuasaan kerajaan yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita, seperti yang tular baru-baru ini.

Individu yang bergelarDatuk dan berusia 50-an itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bersama peguamnya kira-kira jam 2 petang tadi.

Pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Pendakwaan dan Undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam keterangan beliau selama 90 minit.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada semalam mengesahkan bahawa polis akan mengambil keterangan, selepas media melaporkan tentang seorang wanita yang membuat laporan polis ke atas pegawai itu pada minggu lepas bahawa dia menjadi mangsa gangguan seksual.

BBerkaitan

Latest articles