PAS Pertaruh MB Terengganu Calon PRK Parlimen Kemaman

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan nama Ahmad Samsuri pada malam tadi di Dewan Terbuka Kemaman, Arena Square.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 18 November ini.

PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan PN di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan November tahun lalu atas isu rasuah.

Ketika itu, PAS yang diwakili Che Alias Hamid menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab. Ghani memperoleh 506 undian.

Dua hari lalu, BN mengumumkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sebagai calonnya dalam pilihan raya tersebut.

BBerkaitan

Latest articles