Saya Tahu Undang-undang, Dr Akmal Pertahan Serbuan Ke Kilang Beras

KUALA LUMPUR: Tidak bertindak sendirian, sebaliknya serbuan mengejut yang dilakukan di kilang-kilang beras sekitar Melaka turut disertai pihak berkuasa.

Tegas Exco Melaka, Dr Akmal Saleh, sekiranya tindakan sedemikian tidak dilakukan, sudah pasti kegiatan menyorok makanan ruji itu tidak akan diketahui umum sehingga pihak berkuasa bertindak.

Memetik FMT, beliau menegaskan serbuan dilakukannya di sekitar Melaka sejak bulan lalu disertai oleh pasukan penguat kuasa agensi kerajaan.

“Saya faham undang-undang dan bukan bodoh,” kata Ketua Pemuda UMNO itu.

Respon Akmal merujuk kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kelmarin yang mengingatkan mana-mana pihak tidak bertindak sendirian menyerbu kilang beras.

Mohamad di Dewan Rakyat berkata: “Mereka tidak boleh buat serbuan dan ambil video.”

“(Individu) Jangan buat serbuan sebab kita ada undang-undang kena ikut, buat laporan kepada polis dan jabatan saya sebut tadi,” katanya tanpa menyebut nama individu berkenaan.

Pada 25 Sept, Akmal dalam satu serbuan mengugut untuk menarik balik lesen pengilang beras yang enggan menjual beras tempatan dengan paket dan harga ditetapkan kerajaan.

“Semua aduan yang diterima kena ambil tindakan pantas. Kena kurangkan birokrasi.

“Kalau saya tak dedahkan (tindakan sorok beras), sampai ke sudah kita tak tahu ada pihak sembunyikan beras,” kata Akmal yang memegang portfolio kemajuan desa, pertanian dan keterjaminan Makanan.

“Ini zaman maklumat di hujung jari, manfaatkan teknologi untuk rakyat dapat buat aduan dengan mudah dan rakyat tahu aduan mereka diambil tindakan.”

Kebelakangan ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan giat menjalankan pemeriksaan, terbaharu mereka menyita kilang di Kedah disita selepas didapati menyembunyikan 180 tan metrik beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

BBerkaitan

Latest articles