Tiada Bukti Kukuh Wujud Aktiviti Sorok Beras

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya ada ‘tangan ghaib’ tertentu yang bertindak menyorok beras sehingga berlakunya kekurangan bekalan hanya sejadar khabar angin.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Datuk Seri Mohamad Sabu juga mengakui dirinya ada mendengar mengenai dakwaan sedemikian.

“Cakap-cakap itu ada, tapi buktinya tiada, maka tertukar kampit dan sebut harga,

“Kalau ada mana-mana tuan-tuan dapat maklumat, sila beritahu, setakat ini khabar angin.

“Kita tidak temui lagi secara rasminya (dakwaan aktiviti sorok),” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja bagi Pelan Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan di Agro Bazaar Rakyat Jalan Kebun, petang ini.

Sebelum ini, Mohamad memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran terjadi kerana berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Jelasnya, apabila berlaku kenaikan harga beras import, pengguna akan beralih kepada pembelian beras putih tempatan hingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran masih belum sampai ke peringkat kritikal.

“Kalau sampai ke peringkat runcing, barangkali kita akan melibatkan PDRM, sekarang ini belum sampai ke peringkat meruncing apa-apa.

“Insya-Allah bila berlaku tuaian padi di MADA yang sekarang lebih 20 peratus dan semuanya akan dibuat beras dan akan berada dalam pasaran sebaiknya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles