KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican gembira dengan sokongan dan sambutan yang diterima semasa bertemu pengundi di Kepala Batas.
“Syukur atas sokongan para pemuda Kepala Batas yang sedia menyokong perjuangan bersama demi #BertamKita yang tidak pernah padam semangatnya.
“Bendera di seluruh kawasan Bertam dan Kepala Batas dapat dilihat sejak Hari Pencalonan, gah dan indah dinaikkan berkibaran, bangga saya rasakan terhadap mereka.
“Jasa anda semua amat saya hargai!
Wahai anak-anak muda, pemuda-pemuda Bertam, jangan lupa nanti turun mengundi. Perjuangan kita masih belum berakhir, demi #BertamKita!,” tulisnya di Facebook, hari ini.
Pada PRN kali ini, Reezal Merican berdepan persaingan satu lawan satu bagi pencabarnya Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, daripada Perikatan Nasional (PN) yang juga bekas ADUN kawasan itu.