36 Pengunjung Menara Taming Sari Berdepan Detik Cemas Terperangkap 30 Minit

KUALA LUMPUR: Seramai 36 pengunjung Menara Taming Sari ynag datang menikmati keindahan bandar bersejarah petang tadi, berdepan detik cemas apabila terperangkap selama 30 minit di dalam menara berputar itu pada ketinggian 80 meter.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 5.58 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad Azlan Abidin berkata kesemua mangsa termasuk lapan kanak-kanak dan seorang orang kurang upaya (OKU) ketika itu sedang bergerak turun dari menara ikonik berkenaan setinggi 110 meter.

“Kejadian berlaku ketika menara menara berputar yang boleh memuatkan 60 pengunjung itu sedang bergerak turun sebelum tiba-tiba ia terhenti pada ketinggian 60 meter.

“Pasukan teknikal kami sebenarnya sudah bersedia dengan langkah penyelamatan awal, namun ada pengunjung telah memanggil pihak bomba sebelum kami berjaya membawa turun semua 36 penumpang dengan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.

Tambahnya, pengunjung tidak perlu bimbang kerana pihaknya sudah berpengalaman berdepan situasi itu dan sedang menunggu laporan teknikal lengkap berhubung insiden berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pegawai Bomba Kanan II Abd Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.58 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami memastikan proses membawa turun menara ikonik ini berada dalam keadaan baik dan semua 36 mangsa iaitu 26 dewasa, lapan kanak-kanak, masing-masing seorang warga emas dan OKU dalam keadaan selamat

“Pihak penyelenggaraan Menara Taming Sari juga telah bertindak menggunakan motor sokongan untuk menurunkan pelantar ke bawah setelah motor utama mengalami masalah teknikal,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles