PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan untuk meneruskan pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur
Di dalam kenyataan bersama, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan kos Sara Hidup berkata pemberian Subsidi itu diteruskan mulai 1 julai 2023 selepas dipersetujui Perdana Menteri
“ YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.”
“ Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
Keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI katanya
Sebelum ini Menteri Pertanian dan keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata Pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.
Katanya penamatan tersebut bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.
Tambahnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi ditamatkan, KPKM melaksanakan mekanisme “soft-landing” (pemulihan bertahap).