Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang telah berlangsung selama 4 hari ini.
Pelbagai sketsa, drama dan cerita yang timbul sepanjang tempoh kita bersidang. Apa pon yang berlaku, this is the beauty of UMNO. UMNO ini bukan sahaja sebuah parti keramat, UMNO ini adalah satu keluarga yang besar.
Dalam sebuah keluarga, salah faham sesama adik beradik itu biasa, tidak ada keluarga yang rukun sentiasa. Tapi disebalik semua yang berlaku, ikatan kekeluargaan itu tidak pernah putus.
Begitulah juga dengan keluarga UMNO kita. Perbedaan pandangan tidak menjadi satu asbab untuk keluarga kita berpecah. Semua ahli keluarga mahukan yang terbaik untuk keluarga kita. Cuma mungkin definisi terbaik dan bagaimana untuk menjadi yang terbaik itu yang berbeza.
Tanpa berlengah lagi, UMNO perlu segera lakukan sesuatu dan mencari formula terbaik bagi memulihkan parti selepas dilanda kekalahan pada PRU15.
Jentera dan ahli parti di 6 Negeri yang bakal menghadapi PRN juga perlu segera diberi garis panduan yang sebaiknya.
Gerak kerja harus dilakukan dengan lebih awal supaya kita dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan apa yang sepatutnya bagi mengatasi masalah tersebut.
Kita perlu kembalikan sokongan rakyat khususnya golongan muda. Mereka perlu diperkenalkan dan dibawa bersama-sama dengan asas perjuangan UMNO yang sebenar.
Teruskan politik khidmat bakti kita, semoga ada sinar yang terbaik untuk parti keramat kita ini.
Dulu, kini dan selamanya…
Saya akan terus
Bersatu… Bersetia… Berkhidmat.
𝐃𝐀𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐋𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐀𝐋𝐈𝐀𝐒
𝑨𝒉𝒍𝒊 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑻𝒆𝒓𝒕𝒊𝒏𝒈𝒈𝒊 𝑼𝑴𝑵𝑶
𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑼𝑴𝑵𝑶 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒏 𝑱𝒆𝒍𝒆𝒃𝒖