Bossku Pesan Ahli-ahli UMNO Perlu Istiqamah Dalam Perjuangan

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli UMNO diminta untuk kembali bangkit meneruskan perjuangan parti, itu pesan Datuk Seri Najib Razak, yang juga bekas Presiden parti itu.

Ingatan itu disampaikan Najib melalui Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang bertemu dengannya di mahkamah pagi tadi.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian ketika berbincang tentang isu semasa termasuk barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan serta isu ekonomi bersama Mohd. Puad.

“Melihat wajah Bossku yang segar, saya yakin Bossku akan kembali dan meneruskan perjuangan murni ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Puad turut memaklumkan keadaan terkini bekas Perdana Menteri itu yang tetap ceria dan bersemangat walaupun tubuhnya nampak susut sedikit.

Najib tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar dan beliau mengikuti perkembangan semasa melalui akhbar yang lewat sehari.

“Bermakna dia dapat cerita yang sudah basi dua hari,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar prosiding semakan kehakiman kes SRC International tahun hadapan dapat disiarkan secara langsung.

BBerkaitan

Latest articles