Kalau PN Jadi Kerajaan, Muhyiddin Pun Akan Lantik Ahmad Zahid Sebagai TPM

KUALA LUMPUR: Pejuang percaya tindakan yang sama akan diambil oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan melantik melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) sekiranya mereka perlu membentuk kerajaan perpaduan.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata apatah lagi PN sendiri tidak cukup majoriti dan perlu bergabung dengan pihak lain untuk bekerjasama.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan pelantikan Zahid sebagai TPM, saya pasti Muhyiddin akan melakukan perkara yang sama jika BN berpihak kepadanya dan PN. Begitulah kuasa kleptokrat,” ciapnya di Twitter.

Reaksi Mukhriz itu merujuk kepada kenyataan Muhyiddin bahawa Anwar telah menggadai prinsip dan maruah negara seperti yang dijaja sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semata-mata hendak menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin juga mendakwa barisan Kabinet yang diumumkan Anwar pada malam tadi sebagai “paling mengecewakan” dalam sejarah negara.

BBerkaitan

Latest articles