Puad Cadang KJ Tanding DUN Rantau, Jadi ‘Poster Boy’ MB Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) digesa menyusun kembali barisan kepimpinan gabungan berkenaan, sekaligus bersiap sedia untuk menghadapi enam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun depan.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mencadangkan sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-16, Khairy Jamaluddin wajar diberi peluang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bukan itu sahaja, Khairy boleh dijadikan poster boy calon Menteri Besar Negeri Sembilan.

”Ayuh BN, bangkit dan susun balik barisan,” katanya.

Sabtu lalu, Khairy yang dicalonkan BN di kerusi Sungai Buloh tewas kepada calon PH, Datuk R. Ramanan apabila memperoleh 48,250 undi.

Ramanan menang kerusi itu dengan majoriti 2,693 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin memperoleh 29,060 undi; Mohd Akmal Yusoff (GTA – 829 undi); Ahmad Jufliz Faiza (PRM – 279 undi); dan dua calon Bebas, Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff (165 undi), serta Nurhaslinda Basri (113 undi).

BBerkaitan

Latest articles