Ismail Sabri Ada Pengalaman Urus Kabinet, Ada Asas Jika Mahu Kecilkan Kabinet – Annuar Musa

KUALA KANGSAR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai asas apabila mahu mengecilkan bilangan anggota Kabinet jika parti itu menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), dan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Annuar berkata, komitmen calon Perdana Menteri BN itu untuk mengecilkan saiz sesuatu yang dijangkakan.

Tambah beliau, Ismail Sabri mempunyai pengalaman menguruskan Kabinet dengan jumlah anggota yang besar.

“Kita tahu Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa lepas terpaksa menggabungkan daripada suasana ketidakstabilan. Saiz mungkin dianggap besar.

“Komitmen yang diberikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri sekarang untuk Kabinet baharu komitmen untuk mengecilkan itu sesuatu yang dijangkakan, dia ada pengalaman sebagai PM, dia tahu di mana boleh kecil.

“Jadi kalau dia buat komitmen itu ia adalah sesuatu yang ada asas. Saya yakin PM akan melakukannya,” kata Annuar selepas menyampaikan ceramah bertajuk ‘PRU 15 jangan tertipu lagi’ di Parlimen Padang Rengas.

Ismail Sabri dalam satu wawancara memberi jaminan akan memperkecilkan anggota jemaah menterinya sekiranya BN memenangi PRU15 Sabtu ini jika beliau dipilih menerajui Putrajaya sekali lagi.

Katanya, saiz kabinet yang akan dibentuk nanti adalah lebih kecil berbanding jumlah menteri sekarang dengan menggabungkan beberapa kementerian.

Sehubungan itu, beliau mahu BN memfokuskan untuk mencapai kemenangan pada PRU15, sebelum memikirkan mengenai barisan kabinet yang baru.

BBerkaitan

Latest articles