PRU15, anak muda perlu bangkit tentukan pemimpin yang terbaik – Choo Seong

TAIPING: Sebagai anak tempatan, satu amanah besar apabila dipilih oleh parti untuk menjadi calon di tempat sendiri.

Bukan sahaja mempunyai pengalaman berkhidmat dalam sektor kerajaan di Wisma Putra hampir 13 tahun sebagai pegawai tadbir diplomatik, malah turut pernah dihantar bekhidmat di luar negara.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Taiping, Neow Choo Seong berkata pengalaman itu akan digunakan sebagai misi untuk membangunakan Taiping pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya lahir di sini, membesar di Taiping cuma berpendidikan di luar Taiping, itu sahaja. Saya menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia kemudian mula berkhidmat di Wisma Putra selama hampir 13 tahun sebagai pegawai tadbir diplomatik, saya di hantar untuk berkhidmat di Amerika Syarikat (AS) dan juga Venezuela sebelum ini,” katanya kepada Malaysiagazatte.

Memetik laporan Malaysiagazette, Choo Seong berkata, anak muda perlu bangkit dan memainkan peranan bagi memastikan pilihan raya menjadi medan penentuan pemimpin yang mampu menerajui negara.

“Bagi saya ini juga satu peluang untuk kita transformasikan bukan sahaja politik tetapi masa depan kita sendiri,” katanya.

Menurut Choo Seong, banyak yang perlu diperkasakan, khususnya di Taiping, termasuk pembangunan golongan muda yang terbantut sejak kebelakangan ini yang dikaitkan dengan keadaan ekonomi.

Ia menyebabkan ramai graduan yang tamat pengajian berdepan masalah mendapat pekerjaan, ujarnya.

Selain itu, tambah beliau, sehingga kini masih ramai rakyat yang terkesan dengan penularan Covid-19 dan sedih apabila mendengar keluhan mereka apabila beliau turun padang.

Mengenai perebutan kerusi Parlimen Taiping, Choo Seong yang merupakan muka baharu berkata, sebagai anak tempatan beliau memahami jiwa, nadi dan keperluan masyarakat setempat.

BBerkaitan

Latest articles