Selepas Dua Tahun COVID-19, Rakyat Kembali Teruja Sambut Hari Merdeka

KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-65 pada hari ini disambut dengan begitu meriah oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sejak awal pagi lagi, ribuan rakyat Malaysia mula menbanjiri Dataran Merdeka dengan penuh semangat.

Ada yang berpakaian kebangsaan, ada yang mengibarkan bendera, malah ibu baoa juga begitu seronok membawa anak-anak menyambut hari kebangsaan ini.

Dilaporkan sejak awal pagi juga penggunaan kenderaan awam juga meningkat memandangkan banyak laluan di ibu kota ditutup untuk memberi laluan kepada sambutan berkenaan.

Sambuta hari bersejarah negara hari ini mengambil tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Acara perbarisan dan perarakan bermula selepas keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah pada 8.04 pagi tadi dengan menaiki kereta kuda diraja sekitar jam 8 pagi.

Ia diikuti lintasan hormat lima helikopter yang membawa Jalur Gemilang serta tembakan 14 das meriam melambangkan 14 negeri dalam Malaysia oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan barisan Jemaah Kabinet yang lain.

BBerkaitan

Latest articles