PONTIAN: Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tiba di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Benut sekitar jam 9 pagi tadi.
Pengerusi Perhubungan UMNO Johor itu merupakan penyandang kerusi DUN Benut selama tiga penggal sejak menang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
Hasni menewaskan menewaskan calon Bersatu, Zulkifly Tasrep dan Mohd Firdaus Jaafar (PAS) dengan majoriti 4,447 undi pada PRU14 yang lalu.
DUN Benut merupakan kerusi DUN yang terletak di dalam Parlimen Pontian, selain DUN Pulai Sebatang.
Terdahulu, pada awal pagi tadi Hasni sempat bersarapan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.