Jadi MB Kedah Pun Gagal Dua Kali, Mukhriz Tak Layak Cakap Pasal Anwar, PH

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya sedar diri dan tiada hak dalam mencampuri soal kepimpinan dalam Pakatan Harapan (PH).

Naib Ketua Angkatan Muda Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman juga menyifatkan kenyataan anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu sebagai canggung dan dangkal apabila mendakwa PH memerlukan kumpulan baru untuk mengambil alih pucuk pimpinan.

Walhal, ujarnya lagi, Pejuang sendiri adalah sebuah parti yang sangat lemah dan belum berupaya membuktikan sebarang pencapaian politik setakat ini.

Syed Badli Shah juga mengingatkan Mukhriz bahawa dirinya juga tidak mendapat sokongan ramai dan ditolak semasa menerajui Kedah suatu masa dahulu.

”Mukhriz sendiri ditolak dan dijatuhkan sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali dan ini adalah cerminan kegagalan dan ketidakupayaan beliau untuk memimpin.

”Sebagai seorang pemimpin yang sangat lemah dan gagal, beliau tidak layak langsung berbicara soal kepimpinan parti lain,” katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu Mukhriz mendakwa bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi calon untuk menjadi perdana menteri kerana masanya sudah berlalu.

Katanya PH perlu ada kumpulan baharu mengambil alih kepimpinan gabungan berkenaan.

Syed Badli dalam masa yang sama menempelak Pejuang tidak mempunyai masa depan yang cerah jika Mukhriz terus menerajui parti tersebut.

Justeru itu beliau mencadangkan agar Mukhriz membubarkan sahaja Parti Pejuang dan bersara dari arena politik tanah air.

BBerkaitan

Latest articles