Hasanuddin Disiasat, Langgar Perintah Kuarantin Sebaik Pulang Dari Istanbul

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan pihaknya sedang menyiasat Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang bertindak melanggar perintah kuarantinnya selepas pulang dari luar negara pada Rabu (22 Dis).

Ia berikutan tindakan Hasanuddin, yang juga Naib Presiden Amanah, berkongsi gambar-gambarnya sedang melakukan kerja-kerja pembersihan banjir di kawasannya, sebaik sahaja tiba di tanah air.

Hasanuddin baru-baru ini dikecam apabil memuatnaik gambarnya berjaya mendaki sebuah gunung, di kala rakyat di kawasan parlimennya sedang bertarung nasib berdepan dengan banjir buruk.

Beliau terlebih dahulu menghadiri mesyuarat di Istanbul, Turki dan melawat beberapa negara lain termasuk Pakistan dan Iran.

Menjelaskan lebih lanjut, ujar Khairy, Hasanuddin pada mulanya diberi pengecualian kuarantin untuk perjalanannya ke Istanbul untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam, di bawah protokol ujian dan pelepasan Malaysia untuk perjalanan rasmi.

“Pengecualian itu diluluskan kerana protokol ujian dan pelepasan yang kita ada untuk perjalanan rasmi. Tetapi apabila dia tiba (di Malaysia) pada 22 Dis, pengecualian awal telah ditolak kerana dia diminta melakukan kuarantin di rumah.

“Dan itu adalah maklum balas terakhir kami dengannya.

“Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) pada 20 Dis telah mengeluarkan e-mel kepada Hasanuddin mengatakan kami telah meluluskan perintah pengawasan rumahnya. Ini adalah selepas pengecualian (kuarantin) OIC.

“Kami kini menyiasat kes itu, melihat ke mana dia pergi,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles