Remaja Lelaki Dipaksa Tukar Jantina, Dirogol, Diperdagangkan

Itulah realiti kehidupan yang terpaksa dilalui seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun apabila dirinya menjadi mangsa penipuan.

Kisah dukanya bermula tiga tahun lalu selepas bertemu seorang individu di Laxmi Nagar.

Dia dibawa individu itu ke Mandawali, New Delhi, kononnya untuk belajar menari.

Bagaimanapun perkara sebaliknya pula berlaku apabila tertuduh dan rakannya memaksa dia melakukan perkara tidak bermoral.

Remaja berkenaan diberi minuman beralkohol dan dipaksa menjalani pembedahan menukar jantina, selain turut dirogol.

“Individu terbabit dalam pemerdagangan manusia dan memakai pakaian wanita untuk memikat pelanggan.

“Mereka juga memukul dan merompak pelanggan mereka,” kata seorang mangsa yang berjaya melarikan diri.

Lebih malang lagi, remaja itu juga dipaksa untuk mengemis.

Selepas kes itu dimaklumkan Suruhanjaya Wanita Delhi (DWC), anggotanya Sarika Chaudhary membuat laporan awal terhadap suspek.

BBerkaitan

Latest articles