MKN Nafi Arahan PKP

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di media sosial sejak awal hari ini.

Kenyataan itu disiarkan melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

MKN menegaskan kenyataan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai berhenti berkongsi berita yang tidak ditentusahkan agar tidak menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

BBerkaitan

Latest articles