Khalid Samad Sahkan Penahanan Bekas Setiausaha Politiknya

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Bekas Menteri Wilayah Persekutuan hari ini mengesahkan bekas Setiausaha politiknya kini direman Polis ekoran terdapat laporan berkaitan dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Pengesahan itu dibuat Khalid Samad melalui status di  laman twitternya  sebentar tadi yang berkata Bekas SU Politiknya itu direman Polis semalam atas aduan sebuah sebuah syarikat yang diberikan pesanan Kerajaan Palsu.

Tambahnya lagi kes berkenaan membabitkan orang tengah ataupun broker yang telah menjual nama setiausaha politiknya untuk projek berkenaan.


Dalam pada itu, portal FMT melaporkan PDRM telah  memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Difahamkan, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara dan satu laporan juga telah dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan portal itu juga mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “2 jenayah komersial”.

 

 

 

BBerkaitan

Latest articles