JAKIM Nafi Keluarkan Garis Panduan Sambut Aidilfitri Semasa PKP

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan ia mengedarkan sebarang dokumen mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tular di media sosial ketika ini.

“Sebarang makluman yang tidak dikeluarkan melalui saluran rasmi JAKIM adalah dianggap tidak sah,” kata JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang sedang tular itu mengandungi garis panduan yang dikatakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada masyarakat awam khususnya umat Islam mengenai kaedah sambutan hari raya.

Ia termasuk solat sunat Aidilfitri di rumah bersama ahli keluarga, takbir raya dan sambutan rumah terbuka.

Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM itu, beberapa media yang menyiarkan mengenai garis panduan berkenaan telah memadamkan hantaran tersebut.

BBerkaitan

Latest articles