15 Kejayaan Malaysia Tangani Covid-19 Dari Kaca Mat Saleh Ini

Sebelum ini Dustin Pfundheller, seorang doktor gigi warganegara Amerika Syarikat pernah menghasilkan satu video berkenaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara di ASEAN yang mempunyai kes Covid-19 yang tertinggi telah melakukan strategi yang betul dalam menghentikan penularan virus ini.

Setelah video itu viral dengan mendapat berjuta jumlah tontotan, kali ini, Pfundheller tampil dengan satu lagi video baru bertajuk “How Malaysia Did The Impossible – Covid-19”.

Beliau menyenaraikan 15 perkara mustahil yang berjaya dilakukan negara ini yang patut dicontohi negara-negara lain.

 

Paling menarik perhatian Pfundheller adalah bagaimana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, darjat dan agama bekerjasama dalam membendung penularan Covid-19.

“Tak kiralah anda orang biasa atau selebriti, tanpa mengira status sosial anda, begitu juga perbezaan jantina, agama dan eknik, selutruh rakyat Malaysia bersatu padu untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terbaik,” ujarnya.

Beliau turut memuji amalan memberi sumbangan dan derma dari orang perseorang dan syarikat, pasukan doktor terbaik yang diterajui Datuk Dr Noor Hisham yang merupakan antara doktor paling terbaik di dunia, selain pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang membantu mengurangkan jumlah jangkitan.

Begitu juga beliau menyebut hero yang tak didendang seperti servis penghantaran makanan yang semakin meningkat kerana kesukaran rakyat melakukan pergerakan harian, pembinaan beberapa hospital sementara yang menempatkan khidmat rawatan dan kemudahan kepada pesakit Covid-19 dan kerjasama dari kluster tabligh.

Tempoh moratorium selama enam bulan terhadap pembiayaan bank juga menarik perhatian Pfundheller selain usaha kerajaan memastikan kemudahan mencukupi buat pelajar di institut pengajian tinggi dan memberi kemudahan penempatan buat golongan gelandangan.

“Seterusnya, melupakan perbezaan politik di mana pihak pembangkang sama-sama membantu dan melupakan politik buat seketika demi kebaikan untuk negara. Itu sememangnya terbaik,” ujarnya menambah poin video berkenaan.

Begitu juga dengan keprihatinan kerajaan memberi bantuan PRIHATIN kepada rakyat Malaysia, malah usaha membawa rakyat yang terkandas di luar negara dan menyediakan penempatan untuk kuarantin yang selesa dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

Pfundheller juga memuji bagaimana rakyat Malaysia menghargai usaha pasukan barisan hadapan dengan membantu menjahit dan membekalkan pakaian PPE untuk mereka yang bertugas di hospital. Antara mereka yang terlibat adalah pereka fesyen, tahanan penjara, pelajar kolej dan orang kurang upaya.

“(Yang paling penting) adalah kerjasama dari orang biasa dan golongan selebriti tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

“Malaysia, sebuah negara yang pernah muncul sebagai negara yang mencatatkan kes 3 kali ganda di negara ASEAN, akhirnya kini menjadi antara negara paling selamat di dunia,” kata Pfundheller.

Sehingga semalam, kematian daripada kes Covid-19 di Malaysia adalah 113.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini